Aku Dah Kembali

Okeh, aku dah kembali! Hohoho. Buat yang merindui, selamat melawat kembali blog aku dan aku harap kunjungan tu berkekalan. Sori blog aku masih cacar merba. Masih lagi dalam proses pembangunan dan aku rasa banyak yang akan berubah dari masa ke semasa as aku rasa aku dah semakin mendalami konsep untuk menggunakan custom field dan juga excerpt yang mana akan banyak membantu aku dalam membuat trick untuk design.

Tolak ke tepi jap pasal pembangunan theme neh, cerita pasal kehidupan sikit. Sekarang ni aku dah berkerjaya sebagai Web Developer & Designer di Optima, Kelana Jaya. So far, okaylah, rasa syukur yang teramat sangat sebab dalam tempoh terdekat aku dapat banyak jugak offer kerja. Kerja di Optima pun best, aku kerja dengan apa yang aku minat dan environment pun sedap-sedap rasa.

Sejak berkerjaya neh, aku rasa banyak yang berubah dalam hidup aku. Takde dah aku bangun lewat-lewat pagi, pukul 7:15 am dah ada dalam Mini Cooper aku tu, standby nak redah jam (ke jem?) di Lebuhraya LDP, suatu pengalaman baru buat aku. Nasib baik sebelum aku start kerja aku balik kampung dulu, lepak seminggu dua kat kampung banyak memperbetulkan life-management aku.

Hidup berkerjaya ni pun banyak mengajar aku untuk berbajet-bajet dalam belanja. Herm. So far aku rasa okay lagi money management aku. Takde la aku habiskan duit untuk enjoy ke ape, dan semuanya aku lebih pakai untuk kegunaan diri sendiri. Thanks Abah & Mama sebab bagi aku modal untuk mula berkerja. Ni pun aku kira bernasib baek sebab ofis aku tak de fix pemakaian untuk staff dia, jadi dah jimat kos kemeja dan blaus(?) di situ.

Aku pun ada banyak follow up kawan-kawan yang sama habes dengan aku. Ajib dah masuk gomen, Isse dah kerja kat UPM, Zack kat Sapura (menurutnya kat situ takde staff peremp, okay lah tu Zack berubah angin sekali sekala), Matwe dan Mamu dah nak masuk PUSPAKOM by next month, Mamat dah jadi CEO, dan masih ada yang masih mencari. Aku doakan semuanya sukses dan dapat apa yang diharapkan.

p.s : dari perspektif dan pemerhatian aku, graduan IT UTeM sememangnya laku macam Nasi Lemak Kukus Kelana Jaya.

Author

Ikram Hakimi is a web designer & front end developer, who shares his love and passion in web standard & optimization, better user experience, and programming. You should follow him on Twitter.

16 responses to this article

  1. sahabat on July 25, 2009 at 5:23 am

    selamat kembali bro

    Reply to this comment
  2. MatWe on July 27, 2009 at 9:50 am

    Aku, X bagi modal ke? hahahahhaha

    Reply to this comment
    • ikramhakimi on July 27, 2009 at 10:16 am

      @matwe
      taik! modal mu kene bayar balik. mu bagi hutang!

  3. enny on July 27, 2009 at 10:25 am

    graduate u aku pun laku gokkk..heheheheh
    smg muroh rezeki qre
    jgn kupik2 kalu jupo saen macam aku deh…hahahha

    Reply to this comment
    • ikramhakimi on July 27, 2009 at 10:43 am

      @enny
      huhuhu, sek2 uitm memang la laku,
      aku mano ado kupik, hahahaha

  4. lowwanjak on July 27, 2009 at 10:56 am

    akhirnya……..ikramhakimi.com kembali muncul….
    bak iklan dulu2…tora datang lagi dengan ikramhakimi!..hahahaha..

    Reply to this comment
    • ikramhakimi on July 27, 2009 at 11:28 am

      @wanjak
      wooo… my devoted fan! how are you?

  5. aki on July 28, 2009 at 3:02 am

    berubah angin la konon!aku ok je kt mano2 weh..

    Reply to this comment
    • ikramhakimi on July 28, 2009 at 3:18 am

      @zack
      skali skalo xdop gewe depe mato ok po

  6. Saffa on July 28, 2009 at 3:21 pm

    Selamat kembali & Selamat bekerja! =)

    Reply to this comment
    • ikramhakimi on July 29, 2009 at 1:36 am

      @saffa
      wooo.. thanks for masih coming! thans for wishes

  7. GLITTERSSARA on July 31, 2009 at 5:26 pm

    weyh!!tahniah!!kerana sudah punya kerjaya!!jom lepark kalu ader masa!!

    Reply to this comment
  8. baloot on August 11, 2009 at 8:22 am

    eh ada pulak blog demo ni bos. mesti gian nak menulis ni kan.
    tu la, sapo suruh berenti dulu. huhu..

    ok-lah bos, selamat ber-blog lagi sekali aku ucapkan.
    dan tahniah jugak sebab dah dapat keje kat optima tu.

    aku jugak yang keje sendiri dari dulu.. isk2..

    Reply to this comment
  9. I, Hakimi on August 11, 2009 at 9:42 am

    @glittersara
    thanks sarah! huhuhuhu. takde orang ajak pon

    @baloot
    thanks boh still support blog kawe!

    Reply to this comment
  10. megat on August 18, 2009 at 8:50 am

    selamat kembali!

    sebenarnya aku sedang mengingatkan diri aku sama ada aku pernah kekanl dengan ikram!? hu3.

    Reply to this comment
    • I, Hakimi on August 18, 2009 at 9:06 am

      @megat
      yep, kita pernah kenal. jangan lupa hutang tehtarik+roti bom saya.
      thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>