Demam EPL
Menulis masa lunch kat ofis aku, tak berapa nak ada niat nak turun sebab nak jaga body sikit hari ni (wah..). So masa lunch ni je la aku dok melayan footytube usha-usha game Man Utd and Liverpool sebab tak dapat nak tengok game semalam. Sebenarnya aku ni kipas-susah-mati Arsenal, macam dah lama jugak la aku follow team Arsenal neh. Dari zaman Bergkamp masuk lagi kot.
Hari Sabtu lepas, Arsenal main last game, sampai jek kat kedai mamak Hakim, tengok Drogba dah skor winning gol. Haih. Pusing-pusing sekejap baru dapat seat, gila depan ngadap dengan skrin, nampak rumput sehelai-sehelai. Boleh datang lagi lain kali. Duduk jap komentator dah sibuk dok ulas game Man City & Blackburn. Masa tu aku support Blackburn. Lepas 3 minit jek semangat support aku tu dah hilang lepas Adebayor skor untuk City. Nasib.

Tepat jam 12am, Matwe mengadu tak larat dah nak bilang supporters dalam stadium tu. Aku bawak Matwe balik taktala perlawanan berbaki 10minit. Drive laju-laju pergi hantar and pusing balik ke Hakim. Seat panas aku masih available, duduk dan order teh tarik ke-5 aku untuk malam itu. Mamak tu tengok aku dengan unik.
Game Arsenal dah start. Yeah, tengok line-up Arsenal rasa lega sebab Alexandre Song main as defensive midfield, letak Fabregas & Denilson forward sikit. Memang patut Song main pun, and aku bet dia boleh jadi kunci DM Arsenal season neh. Sekali tengok formation 4-3-3 ala Barca pun ada. Formation yang biasa aku gunakan untuk tewaskan Pian, Garu, Matwe, and Ijad dalam game PES/PS2. Mamat belum kena lagi. Nak aku ulas panjang-panjang nanti berjella macam soccernet lak. Dengan defend Everton yang goyah, kena pulak Lescott tengah pening, set piece Arsenal kena-aje, Arsenal menang 6-1, Vermaelen skor pada game debutnya and Eduardo pun on target gak.
Yeah!
Balik tdur dengan hati puas-bangga-lega.
hehehehe…jage perot nmpak…nk kawin dah eah?..
haha..mlm tu ak ingat Arsenal nk bantai 10 – 0..huhuhu
@wanjak
jaga perut le skarang,
ke arah perut mantap 2010
Salam…alamak bro,kita merupakan peminat team yang same iaitu Arsenal. hidup arsenal…hahaha
@finalcross
woo! geng! hidup arsenal. wahahhaah
kite tgk time lwn m.u nanti..
br la fight..hehe
hahhaha.. arsenal kalah ngan MU.. masuk gol sendiri lak tu.. Diaby Sengal kan????
owh… i pon sokong arsenal jgak… kite sehati sejiwa la… hehe…