A Good Weekend
Ada sesetengah orang ni tak berapa nak suka kan hari Isnin ni, yelah, kena start kerja balik kan, best jek tido bangkit lambat pagi Sabtu dan Ahad, tiba-tiba jam biologi tu kena schedule and reset balik. Mungkin bagi aku yang baru mula-mula kerja ni, aura dan semangat cemerlang tu masih menebal dan utuh, nak kejar permanent status punya pasal.
Okay, berbalik kepada tajuk posting, cerita sikit pasal weekend aku yang lari dari stereotype. Sebenarnya orang macam aku ni takde la berapa nak suka sangat nak keluar berjalan, ronda-ronda nak kaji struktur jalan kat KL, sebab pada aku keluar jek dari rumah tu of course keluar pitih (pesanan mak aku agar aku berjhimat-chermat). Aku lagi rela dok rumah mengadap laptop ke, tengok TV ke, kadang-kadang gi maen futsal, gi tengok bola.
So pada weekend ni mungkin agak spesel sikit kot. Pada awalnya member-member YTD aku ajak maen futsal hari Sabtu. Aku ni punyalah menjaga perut dari hari Rabu sebab nak kekal fit pada hari Sabtu. Sekali cancel dan bila aku tanya management, diorang cakap;
“Budak ada 5 orang jek bai, camne nak maen?” ulas Tewong. Hati aku meronta sebab aku memang dah plan nak tunjuk skill passing bola kuis pakai tumit ala Ibrahimovic kat member lama aku, nak ole kangkang sorang satu. Haih. Hampagas.
“Joomla pergi hang out kat Ampang, aku bawak ko kat tempat best.” ajak Tewong. Aku ni sebenarnya susah nak pergi mana-mana gathering, aku bukan jenis yang sosial sangat. So bila aku terima jemputan macam neh aku sebenarnya rasa berat hati gak la nak pergi. Nak-nak keadaan ekonomi hujung bulan neh paham-paham je lah. Tapi selepas dikerah aku pergi la jugak, ubah angin kadang-kadang pun oke jugak.
Malam tu aku dan MatWe (bukan YTD sebenar) bergerak dengan Mini Cooper aku follow kereta ‘MyVI baru 2,3 bulan’ Fatma Hariati pergi ke Ampang. Sepanjang perjalanan tu aku dah mula serabut dengan jalan yang bersimpang siul. Tambah lagi tinted cermin depan Mini Cooper aku melimitkan pandangan aku untuk mengintai signboard.
Sesampainya aku di depan McD depan Stesen Keretapi (aku masih kurang fasih untuk mengtype jenis-jenis keretapi kat KL) Ampang Park, aku and Fatma parking sekejap tunggu Tewong dan Shah Kurus. Pastu datang sebuah Viva puteh, dan dari cermin kereta Viva tu aku melihat Nik Nadiah dok sengeh-sengeh, pastu Tewong dan Shah menyusul. Elok jek nak gerak, Mini Cooper aku gagal untuk di start. Bateri weak la kot, memerlukan jumper kata Tewong. Jumper? Herm, otak aku terbayang cerita Jumper arahan Doug Liman. Tak tau la macam mana nak seru mamat jumper neh datang fix kereta aku.
So aku terpaksa lah naek kereta ngan Fatma dan Nik. Aku dibawa ke kedai makan pak Arab. Sempot gak la kedai tu, dengan shisha bersepah-sepah dan mostlynya pak Arab lah yang kat kedai tu. Makan kat situ pun best jugak. Aku sempat la merasa Lamb Mandi seketul dua bagi nak jaga sakit gigi aku. Haih, suseh tul. Dalam masa makan tu ramai la jugak yang menyusul pastu, Buani Atiqi dan Che Kah (2 orang pun ramai la kan). So macam banyak jugak la yang diperbualkan malam tu sambil snap photo skeping dua.
After mini-gathering tu, aku dan MatWe ke Serdang, bajet nak tidur rumah Zack Akagi (bekas penyerang bek kanan Utem). Sesampainya aku kat rumah tu Zack ajak makan kat Putrajaya. Aku dan Matwe dah alang-alang sampai follow je lah. Sesampainya kat Putrajaya, Zack macam cacar merba untuk meneka jalan ke restoran Mamak. Ada pulak dia suruh aku masuk taman kat Persint mana tah, pastu sesat pulak dalam taman tuh. Zack menjelaskan kita disorok oleh hantu atau keliwon. Aku iyekan jelah. Last-last makan megi goreng kat mamak nearby jek.
Lepas makan, kitorang balik tido. Pergh, panjang pulak aku tulis kali ni (baru 2 post). Sekian la dulu, penat aku nak tekan keyboard ofis aku yang agak keras neh. Kesimpulannya, enjoy your weekend, but sometimes.
akhirnya anda pergi juga ke gathering/reunion ya..tahniah..
@ramiza
sekali skale jek, fufufu
Weekend ari tu mmg paling best sejak aku duk shah alm, siap kena sorok dek hantu(KATANYA ZACK)
@matwe
aku xsey doh ikut z gi mkn, pasni kita schedule utk dia
hahaha..aku nk bw g tmpt baek punye laa..tp xkesampaian..mula2 pulok!
@zack
xdop2, tak leh follow mu
Kalu z nak bowok gok buleh la, tp syarak dia keno blanjo. ko gano?
@matwe
bijop gop tuh
egtkan spelling tu salah.
MakWe.
Rupanya, btol2 MatWe.
Hye MatWe
KALO Z NK BANJE AKU PONG NK EKOT.BKN SENANG NK MRASE KELIWON SAPURA BANJE.NGEE.
@mohdBOND hahaha, keliwon SAPURA! ^_____^
nway~
LRT ampang park,,heh
asek makan jek weeknd~ cool ^_^-
Jumper~ i like!
@bell
ni mesti marliza bell neh, fufufu